Contoh ayat Tilawah MTAQSS – Untuk Ust Salwan Labuan

Berikut adalah contoh rakaman Tilawah MTAQSS untuk Ustaz Mohd Salwan di Labuan, bagi Surah Al Baqarah bermula ayat 44 & 115

1- Bayyati, Hijaz & Nahwan (complete) – Al Baqarah ayat 44

Download Tilawah

________________________________________________________________

Berikut adalah potongan bacaan ayat di atas mengikut jenis-jenis Tarannum.

Download : Bayyati , Hijaz , Nahwan & Bayyati Penutup


Bayyati

.

Hijaz

.

Nahwan & Bayyati Penutup

.

________________________________________________________________

2- Bayyati, Hijaz & Nahwan (complete) – Al Baqarah ayat 115

Download Tilawah

________________________________________________________________

Berikut adalah potongan bacaan ayat di atas mengikut jenis-jenis Tarannum.

Download : Bayyati , Hijaz , Nahwan & Bayyati Penutup


Bayyati

.

Hijaz

.

Nahwan & Bayyati Penutup

.

Sekian. Sekiranya anda adalah qari, saya alu-alukan anda menghantar rakaman suara bagi ayat di atas, supaya kita dapat berkongsi “burdah-burdah” Tarannum. dein81 [@] hotmail.com . Syukran jazilan.

Contoh rakaman ayat-ayat Tilawah Quran Tahun 2012

Contoh rakaman ayat-ayat Tilawah Quran Tahun 2012

Majlis Tadarrus Al Quran Sekolah-sekolah :-

> Sekolah Rendah (Lelaki)

1- Surah Ali Imran ayat 121

> Sekolah Rendah (Perempuan)

1- Surah Al Baqarah ayat 44

> Sekolah Menengah (Perempuan)

1- Surah Luqman ayat 22

2- Surah Al A’raf ayat 31

.

Ujian Tilawah Quran Saringan Seremban :-

> Peringkat Remaja (Lelaki)

1- Surah Ali Imran ayat 137

> Peringkat Dewasa (Lelaki)

1- Surah Ali Imran ayat 62

Contoh ayat Tilawah Saringan Seremban – Surah Ali Imran ayat 62

Berikut adalah contoh rakaman Tilawah peringkat Saringan Daerah Seremban bagi Surah Ali Imran bermula ayat 62.

Bacaan ini akan saya persembahkan pada :-

-  Hari Rabu

- 28 Mac 2012

- di Masjid Jamek Seremban

Bayyati, Hijaz, Nahwan & Rast (complete)

.

Download Tilawah (muat turun)

.

Sekian. Sekiranya anda adalah qari, saya alu-alukan anda menghantar rakaman suara bagi ayat di atas, supaya kita dapat berkongsi “burdah-burdah” Tarannum. dein81 [@] hotmail.com . Syukran jazilan.

Contoh ayat Tilawah MTAQSS – Surah Luqman ayat 22

Berikut adalah contoh rakaman Tilawah MTAQSS Sekolah Menengah untuk Athirah Sazali, bagi Surah Luqman bermula ayat 22.

P/S : (1) Kurang yakin dengan waqaf yg dibuat.

(2) Bayyati penutup terlampau panjang

(3) Tak cukup 8 minit. Tolong tarikh nafas 2X sebelum baca seterusnya. Mesti lebih dari 6 minit (loceng pertama)

Bayyati, Hijaz & Nahwan (complete)

.

Download Tilawah (muat turun)

.

Sekian. Sekiranya anda adalah qari, saya alu-alukan anda menghantar rakaman suara bagi ayat di atas, supaya kita dapat berkongsi “burdah-burdah” Tarannum. dein81 [@] hotmail.com . Syukran jazilan.

Tahniah Athirah Sazali

Berikut adalah contoh rakaman Tilawah untuk Athirah Sazali bagi Surah Al A’raf bermula ayat 31.

Beliau telah mendapat JOHAN pertandingan MTAQSS peringkat sekolah-sekolah (14 buah sekolah). TAHNIAH!!!!

Moga berjaya di peringkat Daerah pula….amin…

Bayyati, Hijaz & Nahwan (complete)

.

Download Tilawah (muat turun)

.

Sekian. Sekiranya anda adalah qari, saya alu-alukan anda menghantar rakaman suara bagi ayat di atas, supaya kita dapat berkongsi “burdah-burdah” Tarannum. dein81 [@] hotmail.com . Syukran jazilan.

Contoh ayat Tilawah MTAQSS – Surah Ali Imran ayat 121

Berikut adalah contoh rakaman Tilawah MTAQSS Sekolah Rendah untuk Encik Abd Rasyid, bagi Surah Ali Imran bermula ayat 121.

P/S : Saya kurang yakin dengan waqaf yang saya buat untuk setiap bacaan.

Bayyati, Hijaz & Nahwan (complete)

.

Download Tilawah (muat turun)

.

Sekian. Sekiranya anda adalah qari, saya alu-alukan anda menghantar rakaman suara bagi ayat di atas, supaya kita dapat berkongsi “burdah-burdah” Tarannum. dein81 [@] hotmail.com . Syukran jazilan.

Contoh ayat Tilawah Saringan Seremban – Surah Ali Imran ayat 137

Berikut adalah contoh rakaman Tilawah Saringan Seremban untuk pelajar Ustaz Nasruddin (Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah), bagi Surah Ali Imran bermula ayat 137.

Bayyati, Hijaz & Nahwan (complete)

Download Tilawah

________________________________________________________________

Berikut adalah potongan bacaan ayat di atas mengikut jenis-jenis Tarannum.

Download : Bayyati , Hijaz , Nahwan , Bayyati Penutup


Bayyati

.

Hijaz

.

Nahwan

.

Bayyati Penutup

Sekian. Sekiranya anda adalah qari, saya alu-alukan anda menghantar rakaman suara bagi ayat di atas, supaya kita dapat berkongsi “burdah-burdah” Tarannum. dein81 [@] hotmail.com . Syukran jazilan.

Contoh ayat Tilawah MTAQSS – Surah Al Baqarah ayat 44

Berikut adalah contoh rakaman Tilawah MTAQSS untuk Ustaz Ramzul Hanif, bagi Surah Al Baqarah bermula ayat 44.

Bayyati, Hijaz & Nahwan (complete)

Download Tilawah

________________________________________________________________

Berikut adalah potongan bacaan ayat di atas mengikut jenis-jenis Tarannum.

Download : Bayyati , Hijaz , Nahwan , Bayyati Penutup


Bayyati

.

Hijaz

.

Nahwan

.

Bayyati Penutup

Sekian. Sekiranya anda adalah qari, saya alu-alukan anda menghantar rakaman suara bagi ayat di atas, supaya kita dapat berkongsi “burdah-burdah” Tarannum. dein81 [@] hotmail.com . Syukran jazilan.

Bulan Mac : Bulan Al-Quran di Negeri Sembilan

Tilawah MTAQ Peringkat Zon

Tahun ni saya ditugaskan untuk melatih murid untuk Tilawah Al-Quran bagi pertandingan Majlis Tadarrus Al-Quran (MTAQ). Tahun lepas (2010) sekolah saya tak menyertai pertandingan ni. Untuk tahun 2009 pula ditugaskan bidang yang sama, 2 murid dilatih untuk Tilawah pada masa tu. Seorang lelaki (Asmi bin Surjana) dan seorang perempuan (Aflah bin Surjana), adik-beradik. Keputusannya, Alhamdulillah peserta perempuan berjaya mendapat tempat ke-3. Katanya, tahun sebelumnya memang pernah menyertai tapi, tiada nombor.

        Untuk tahun 2011, saya melatih 2 orang murid untuk Tilawah Quran. Murid lelaki, Adam Haziq bin Azarman dan perempuan Syafira Ain. Untuk sesi latihan, saya telah menyiapkan jadual latihan bermula awal bulan Februari 2011 hingga tibanya hari pertandingan. Banyak juga halangan nak melatih murid sekolah rendah ni. Kadang-kadang kesibukan saya, murid demam, murid tidak hadir, saya mesyuarat, saya kursus dan berbagai-bagai lagi halangan untuk mengikut jadual yang dah dirancang. Setakat ni, murid lelaki telah tamat latihan, cuma perlu diulang sahaja. Murid perempuan sahaja yang belum tamat latihan. Apa-apa pun, moga Allah permudahkan segala urusan. Pertandingan pada hari Sabtu, 26 Mac 2011.

Tilawah Peringkat Saringan Daerah Seremban

Pertandingan ni adalah sesi pemilihan 3 atau 4 orang peserta dari Daerah Seremban sebelum pergi ke peringkat Daerah Seremban. Seperti biasa, saya menghantar peserta dari Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah (bekas sekolah yang pernah saya bertugas). Cuma tahun ni saya hantar 3 lelaki & 1 perempuan berbanding tahun lepas 6 lelaki & 3 perempuan. Keputusan tahun lepas :-

Mohd Syarifuddin Mohd Rafi = berjaya ke peringkat Daerah dengan nombor 3

Athirah Sazali = berjaya ke Daerah (Johan ) & saguhati di peringkat Negeri 9

        Untuk tahun 2011, saya melatih Syarifuddin, Luqman Hakim Anuar, Qidran & Afieza. Cuma 2X sahaja sempat latih mereka kerana kesibukan saya dengan tugas. Tambah pula ayat yang sama seperti tahun lepas, jadi cuma latihan ulangan sahaja. Keputusannya :-

Mohd Syarifuddin Mohd Rafi = berjaya ke peringkat Daerah

Afieza Kamaruddin = berjaya ke peringkat Daerah

        Saya pun menyertai pertandingan peringkat saringan ni. Pada awalnya, saya tidak terpilih untuk ke peringkat Daerah. Cuma 3 orang sahaja yang layak bagi kategori lelaki dewasa :-

Johan : Amirrahman (bekas finalis Akademi Quran siri 1)

Naib Johan : Husaini (Johan Remaja Negeri 9 tahun lepas, tahun ni dah masuk dewasa)

Ke-3 : Abdullah (menyertai sejak tahun 1980)

Tapi, pada pagi Isnin, 14 Mac 2011, Pejabat Agama Seremban telefon dah memaklumkan saya terpilih untuk menyertai Tilawah Saringan Seremban. Katanya, Johan Menunggu (Ust Hisham) digugurkan kerana telah Johan berturut-turut selama 5 tahun. Sepatutnya tidak lebih Johan dari 2X berturut-turut. Terkejut dan gembira dengar berita ni. Akhirnya saya berjaya kali ke-2 menyertai peringkat Daerah Seremban. Peringkat Seremban ni ramai yang otai-otai berbanding daerah lain, sebab tu susah nak lepas di peringkat Saringan lagi. Kesimpulannya, antara 14 peserta dewasa lelaki, saya tempat ke-4 dalam tilawah yang lepas. Moga Allah membuka jalan kepada saya untuk terus ke peringkat Negeri.

Tilawah Quran Peringkat Kelas-Kelas Tahsin Seremban

Majlis Tilawah Quran peringkat Kelas-kelas Tahsin Seremban telah diadakan pada Ahad, 23 Jan 2011. Lokasi pertandingan ialah di Masjid Bandar Baru Senawang. Keputusannya :-

Johan : Saya (84%)

Naib Johan : Ustaz Nafaiz (82%)

Ke-3 : Encik Zakaria (78%)

        Alhamdulillah, syukur sangat-sangat dan terasa usaha yang dilakukan sebelum ni berbaloi. Selalu datang Kelas Tarannum di Masjid Negeri sejak 2007, menyertai Kursus Tahsin di peringkat Jakim (mengikut zon), menyertai Kursus Tahsin anjuran JPNS & kelas Tajwid yang dikendalikan oleh Ustaz Najib Nubhan (makhaarij huruf dia memang power). Cuma pertandingan ni tidak ramai otai-otai seperti di Tilawah peringkat Daerah Seremban.

Elaun Kehadiran

        Johan bagi setiap kategori Tilawah ni terpilih untuk menyertai Kelas Tahsin Al-Quran di Masjid Negeri seperti berikut :-

Hari : Setiap Ahad

Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi

Tempat : Dewan Kuliah Masjid Negeri, Negeri Sembilan

Bayaran : Percuma

Tenaga Pengajar : Guru-guru Tarannum yang akan dipilih (yang utamanya ialah Ustaz Shamsuddin bin Abdullah)

* Sarapan / jamuan disediakan secara percuma kepada hadirin

        Untuk pengetahuan, peserta-peserta yang terpilih ni dibayar elaun kehadiran setiap kali hadir ke kelas yang dijalankan. Hebat! Datang belajar, pastu dapat duit lagi. Sampai tahap macam ni Negeri Sembilan keluarkan duit untuk lahirkan Qari Qariah yang berkualiti. Terima kasih atas usaha yang dilakukan. Setakat ni kami telah pun menerima elaun pertama bagi kehadiran kami di bulan Februari lalu. Alhamdulillah… rezeki belajar Quran….

        Kelas Tahsin pada hari ini ni terbuka juga kepada orang awam yang ingin mendengar pengajian yang dijalankan. Jemput datang semua!!!