Entah kali yang ke berapa saya membina laman peribadi. Berjinak-jinak dengan website bermula dari Ting.2 sekolah menengah tahun 1995 hingga kini. Semua guna webhosting percuma, antaranya tripod.com, geocities.yahoo.com & 1asphost.com . Tapi malangnya, kini semua data yang dicipta hilang begitu sahaja. Maklumlah, percuma…
Untuk kali ni, saya agak tertarik melihat kawan-kawan yang menggunakan webhosting sendiri. Masing-masing aktif menuliskan idea mereka di Blog peribadi melalui webhosting berbayar. Walaupun sebelum ni saya memang pernah menggunakan webhosting berbayar ( untuk www.saidiyyah.com ) tapi, untuk kali ini laman Blog ini akan cuba saya hidupkan. Sejauh mana aktifnya Blog ini, bergantung pada masa/waktu senggang yang ada.
Merujuk kepada ayat Al-Quran di atas, bukan bermakna saya nak jadikan dalil supaya membaca blog-blog yang ada. Lagi elok baca Quran dengan ganjaran “pahala setiap huruf” berbanding membaca blog. Cuma, sekiranya ada manfaat yang boleh diambil dari Blog ini, ambillah. Tak payah bayar. Harap-harap anda & saya akan beroleh ganjaran dari Nya nanti, insya Allah.

0 Comments.