Suasana solat di Mesir tak dapat nak disamakan dengan keadaan di Malaysia. Tiap kali berada dalam saf solat di surau atau masjid, mesti timbul perasaan gelisah di hati saya. Kenapa? Sebab jarak antara makmum yang tidak rapat & barisan yang tidak sekata semasa hendak solat. Kalau di Mesir, semasa sedang solat, sempat lagi makmum di sebelah menarik lengan saya semata-mata untuk merapatkan saf antara saya & dia. Sentuhan antara kaki saya dengan makmum di sebelah sememangnya tidak pernah diabaikan oleh bangsa arab.
SECARA ILMIAH
Tahukah kita, bahawa menjaga saf solat termasuk dalam “kesempurnaan solat” itu sendiri. Cuba rujuk hadis berikut :
Daripada Anas bin Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“luruskan saf-saf kamu, sesungguhnya meluruskan saf itu sebahagian dari kesempurnaan solat.”
(riwayat al-Bukhari, Kitab: Azan, Bab: Iqamah al-solah min tamam al-solah, no:723, Muslim, Kitab: al-solah, bab: taswiyah al-sufuf wa iqamatiha… no:973).
Sah solat seseorang yang tidak menjaga saf semasa solat tapi, dia tak dapat pahala menjaga saf. Walaupun begitu, bukan perkara yang ringan tentang masalah ni. Cuba rujuk pula hadis berikut :
Dalam hadis, daripada al-Nu’man bin Bashir telah berkata yang bermaksud:
“Adalah Rasulullah SAW selalu membetulkan saf kami seperti membetulkan anak panah, sehingga kami benar-benar faham akan kepentingan membetul dan meluruskannya (saf). Pada suatu hari ketika baginda keluar solat bersama kami sedang baginda hampir bertakbir, terlihat seorang lelaki yang kedudukan dadanya mengereng dari saf, lantaran baginda bersabda: “Wahai hamba-hamba Allah sama ada kamu betul dan luruskan saf-saf kamu atau Allah SWT memalingkan wajah-Nya daripada wajah-wajah kamu.”
(Muslim, Kitab: al-Solah, Bab:Taswiyah al-Sufuf…, no:978, Abu Daud, Kitab: al-Solah, bab: Taswiyah al-Sufuf, No: 663, al-Tarmidzi, Kitab: al-Solah, Bab: Ma ja fi iqamati al-Saf, no: 227.)
Kalaulah Allah palingkan wajahNya dari kita dalam solat, agak-agak dia nak perkenankan doa/hajat yang kita minta??? Payah nak dijangka.
Banyak lagi hadis-hadis yang lain boleh dirujuk berkaitan tentang saf dalam solat. Anda boleh search dalam website untuk dapatkan maklumat lanjut. Sebagai contoh, arkib dari Utusan Malaysia :
Setakat ini dari saya, apa lagi…. jom sempurnakan solat kita!!!

0 Comments.