Mata sibuk menonton tv, sedang tangan mengambil kepingan biskut di dalam plastik. Disangka “serpihan biskut” kecil, rupanya…. Ya Allah, anak cicak kering !!!! (lihat gambar)
Inilah risiko apabila mata sibuk melihat benda-benda lain semasa makan. Hampir-hampir “anak cicak” tadi disuapkan terus ke dalam mulut. Bukan bangkai basah, tapi dah kering betul macam ikan kering. Kalau difikirkan secara logik, proses dari bangkai basah kepada bangkai kering berlaku dalam plastik biskut. Dan saya pula dah makan 1/4 dari jumlah biskut tersebut. Ya Allah!!! Selamatkan hambaMu ini dari penyakit.
So, hati-hatilah semasa makan. Kadang-kadang makanan yang kita makan bercampur dengan anasir-anasir yang tak disangka, kebiasaannya “semut“. Fakta yang selalu kita dengar, semut memberi kesan kepada perkembangan otak yang kononnya penyebab lupa. Benar atau tidak… wAllahu a’lam.
Yang pasti, jangan lupa baca “basmalah” paling kurang atau “doa makan” paling afdhal sebelum makan. Moga makanan yang masuk ke badan kita bersama-sama keberkatan dari nama Allah yang disebutkan tadi.
0 Comments.