Setiap hari kita akan berdepan dengan aktiviti ataupun tugas yang mesti dilakukan. Tidak kira samada tugas tersebut penting ataupun tidak penting. Juga di mana-mana tempat sekalipun samada di rumah, sekolah, tempat kerja atau di luar kawasan tersebut. Banyaknya aktiviti atau tugas yang perlu dilakukan sehingga menyebabkan kita terlupa untuk melaksanakan sebahagiannya yang lain.
Alangkah baik sekiranya anda menyediakan sebuah buku catatan kecil seperti buku 555 untuk mencatat setiap aktiviti atau tugas yang perlu dilaksanakan. Sebaiknya buku tersebut muat di dalam poket (bagi lelaki) untuk dibawa ke mana-mana. Perancangan untuk mula menggunakan buku catatan ini boleh menggunakan istilah DTA, iaitu Duduk, Tulis & Atur.
D = DUDUK
Sebagai permulaan, duduklah dahulu mengikut keselesaan anda. Tetapi, sekiranya anda rasa berdiri itu selesa, lakukanlah. Dapatkan situasi yang tenang supaya anda dapat menggunakan keselesaan tersebut untuk berfikir dengan baik.
T = TULIS
Kemudian, cuba fikirkan semula aktiviti atau tugasan yang perlu anda lakukan ke dalam buku catatan. Catatan adalah mengikut hari dengan menggunakan 1 m/s sebagai 1 hari. Contoh = 1 m/s untuk hari Isnin. Cadangan untuk mencatat boleh dibuat seperti contoh berikut :
ISNIN, 12 JULAI 2010
Home : Basuh baju
: Tanda Buku Murid
: Prepare B.Arab esok
SKLH : K.Tie : Serah markah
: 3M : Kumpul Buku Tulis lepas
: K.Ruzaini : Bayar Kelab Guru
OUT : S’ban : Tangkap gambar
: ATM : Out RM200
: Beli : Syampu, bedak, gula
ayam
Huraian, “HOME” = rumah, “SKLH” = sekolah & “OUT” = luar. Ini adalah simbol-simbol yang digunakan menunjukkan lokasi tugasan. Contoh di atas adalah tugasan yang perlu dilakukan pada hari tersebut. Masukkan ke m/s lain jika tugasan adalah untuk hari yang lain. Pastikan setiap m/s adalah mengikut turutan hari & tarikh supaya senang dirujuk dan lebih teratur.
A = ATUR
Akhirnya, mulakan mengatur aktiviti anda mengikut catatan yang telah dirangka. Bawalah ke mana-mana buku catatan tersebut sebagai rujukan. Kadang-kadang, anda akan teringat kembali tugasan yang perlu dilakukan semasa sedang berjalan. Apa yang perlu anda buat ialah “berhenti seketika dan catat”.
Semoga idea ringkas ini membantu anda. Perlu diingat bahawa tidak semua perkara dapat kita ingat tanpa perlu dicatat. Kadang-kala kita lupa apa yang perlu di lakukan. Perkataan “insan” atau “manusia” dalam Bahasa Arab adalah berasal dari satu perkataan yang membawa maksud “lupa”. Jadi, tidak melampau jika saya katakan bahawa manusia sinonim dengan sifat pelupa.
Buku catatan ini elok diletakkan disisi sebelum tidur. Dengan ini, anda boleh merancang apa yang perlu dilakukan esok hari. Mulakan kehidupan anda seterusnya dengan melakukan aktiviti dan tugasan-tugasan yang lebih teratur. Semoga berjaya!

0 Comments.