Isu-isu Tarannum Al-Quran

Johan Tilawah Kebangsaan 2010      Apabila bercerita tentang Tilawah Al-Quran, ianya tidak lari tentang ilmu Tarannum Al-Quran. Pendek kata, bagi mereka yang mencebur diri dalam Musabaqah Tilawah, mereka mesti memiliki pengetahuan tentang Tarannum Al-Quran. Untuk dapatkan pengajian Tarannum ini, ramai tok-tok guru yang mahir dalam bidang seni suara Al-Quran membuka Kelas-kelas Tarannum untuk menyebarkan 7 jenis lagu-lagu asas Tarannum.

KELAS AL-QURAN

      Atas usaha untuk mengembangkan Ilmu Tarannum maka, guru-guru Tarannum mengorbankan masa dengan membuka atau membuat pengisian mana-mana kelas Al-Quran. Tidak kira di mana jua, samada masjid, surau, sekolah, pusat-pusat tuisyen ataupun rumah ke rumah. Ini kerana, tidak ramai yang menguasai bidang ini. Boleh dibilang dengan jari berapa ramai yang mampu bertarannum dalam sebuah kampung, taman perumahan ataupun sekolah. Dengan menyedari hakikat inilah usaha menganjurkan kelas Tarannum Al-Quran dilaksanakan.

KEHADIRAN KELAS

      Sudah menjadi kelaziman, di awal pembukaan kelas begitu ramai yang menyertai. Tetapi, ibarat air laut yang ada pasang dan surut, murid-murid yang datang belajar semakin berkurangan. Entah apa sebabnya, tiada analisa yang dibuat. Mungkin pengajian agak sukar. Atau kurang yakin dengan mutu suara sendiri. Atau guru terlalu garang. Atau apa jua alasan yang tidak dapat dipastikan.

      Hendak dikaitkan dengan bayaran mahal? Jabatan agama atau sekolah atau masjid yang tanggung bayaran. Tiada bayaran yang dikenakan oleh murid, semua ditanggung oleh pihak yang lain. Yang perlu dibuat oleh murid, ialah datang ke kelas pengajian dan ikut pengajian. Itu sahaja! Semudah makan kuaci.

      Apabila kita menjengok sejarah guru-guru yang mengajar, tentang bagaimana usaha mereka suatu ketika dahulu mendapatkan ilmu Tarannum. Belum tentu kita dapat menandingi usaha sebagaimana mereka. Mereka belajar atas minat yang tinggi terhadap seni tarannum Al-Quran. Tidak kira dimana tokoh guru Tarannum yang diketahui, pasti mereka akan ke sana. Bukan macam sekarang, kelas di masjid, belum tentu orang sekitar masjid akan datang. Bahkan ada yang menyediakan jamuan percuma setiap kali kelas, tetap sambutan yang hambar. Kelas di surau sekolah, belum tentu pelajar di dalam sekolah turun ke surau untuk belajar.

     bersambung siri berikutnya … “musim tilawah”, “ragam hakim” & “kursus-kursus tarannum”…

Leave a comment

0 Comments.

Leave a Reply


[ Ctrl + Enter ]