Semasa kursus minggu lepas, ada seorang pelajar menelifon saya. Dia meminta saya syorkan seorang guru yang berkemahiran dalam bidang Tarannum/Qiraat sekitar area Kuala Lumpur untuk dia pelajari. Tapi, dalam situasi kursus tersebut, saya tidak dapat berfikir panjang dan cuma mengatakan untuk memberitahunya kemudian melalui sms.
Pada bulan yang sebelumnya, ada juga yang sms kepada saya untuk mengikuti pengajian Tarannum yang saya anjurkan. Tapi, kebetulan masa tu pengajian yang jalankan di sebuah sekolah swasta telah terhenti sejak bulan Ramadhan lagi. Jadi, saya syorkan kepadanya supaya menyertai Kelas Tarannum yang dianjurkan di Masjid Negri.
RAKAN SEPENGAJIAN
Untuk bidang Qiraat, memang ramai rakan saya yang beraliran Qiraat lepasan dari Maahad Qiraat Al-Azhar Mesir. Tapi, dari bidang Tarannum, saya tiada kenalan yang arif dalam bidang tersebut. Jika ada, bukan sahaja si pemanggil tu, bahkan saya sendiri akan menuntut terus darinya.
Dalam tempoh cuti ni, saya memang mencari-cari di papan kenyataan masjid/surau tentang pengajian Tarannum Al-Quran sekitar kawasan Seremban. Walaupun saya sedang mengikuti pengajian Tarannum di Masjid Negri, Seremban tapi, lain guru lain gaya burdah lagu yang dia miliki. Setakat pencarian saya, cuma di Masjid Negri saya yang tertulis tentang Pengajian Tarannum Al-Quran.
KELAS PENGAJIAN SEDIA ADA
Sekiranya anda sedang mencari kelas pengajian Tarannum di tempat anda, seeloknya cuba perhatikan di papan-papan iklan masjid/surau di tempat anda. Barangkali ada ustaz yang berkemahiran sedang membuat pengajian di surau/masjid tersebut. Kadang-kadang kita terlepas pandang dengan papan-papan kenyataan yang memaklumkan tentang pengajian yang menjadi aktiviti harian/mingguan masjid/surau tersebut.
Atau, sekiranya tiada, paling kurang pun ada pengajian Tajwid/Al-Quran di tempat anda. Apalah salahnya hadir ke pengajian tersebut. Bacaan Al-Quran kita tidak semestinya sudah sampai ke tahap sebaik bacaan orang Arab. Walaupun saya pernah melalui pengajian Al-Quran dalam tempoh yang agak lama tapi, masih lagi ditegur oleh ustaz yang berkemahiran dalam bidang Tajwid terutamanya dalam masalah “sifat-sifat huruf” dan “tempat keluarnya sebutan huruf”. Dengan sebab itulah saya juga mengikuti Kelas Tajwid Al-Quran selain Kelas Tarannum Al-Quran yang sejak 2007 saya sertai.
USAHA MENCARI
Di kelas pengajian Tarannum Al-Quran yang saya sertai, bukan sahaja mereka yang berada sekitar Seremban datang belajar. Bahkan dari Port Dickson (30 minit perjalanan), Kuala Klawang (40 minit perjalanan), Kuala Pilah (40 minit perjalanan) dan merata tempat yang jauh mereka datang untuk mengikuti kelas di masjid ni. Dari Kuala Lumpur pun ada juga, contoh Puan Amalina (Johan Qariah Wilayah Persekutuan) yang datang jauh dari Bangi semata-mata untuk mengikuti pengajian Tarannum di Masjid Negri, Seremban, N.Sembilan.
Mereka-mereka yang “berjiwa Tarannum” ni tidak kira di mana ada guru Tarannum yang terkenal, pasti mereka akan kesana. Walaupun jauh ke Kelantan sana (dengan Ust Nik Jaafar).
KESIMPULAN
Pendek kata, hendak seribu daya/usaha, tidak hendak, seribu dalih/alasan. Berusahalah jika anda betul-betul berminat dalam bidang ini. Guru-guru Tarannum atau Qari-qariah yang terkenal pada masa kini tidak bermula dengan usaha yang sedikit. Jerih payah mereka dahulu lah yang memberikan pulangan terbaik kepada mereka.
0 Comments.