Majlis Tilawah Quran peringkat Kelas-kelas Tahsin Seremban telah diadakan pada Ahad, 23 Jan 2011. Lokasi pertandingan ialah di Masjid Bandar Baru Senawang. Keputusannya :-
Johan : Saya (84%)
Naib Johan : Ustaz Nafaiz (82%)
Ke-3 : Encik Zakaria (78%)
Alhamdulillah, syukur sangat-sangat dan terasa usaha yang dilakukan sebelum ni berbaloi. Selalu datang Kelas Tarannum di Masjid Negeri sejak 2007, menyertai Kursus Tahsin di peringkat Jakim (mengikut zon), menyertai Kursus Tahsin anjuran JPNS & kelas Tajwid yang dikendalikan oleh Ustaz Najib Nubhan (makhaarij huruf dia memang power). Cuma pertandingan ni tidak ramai otai-otai seperti di Tilawah peringkat Daerah Seremban.
Elaun Kehadiran
Johan bagi setiap kategori Tilawah ni terpilih untuk menyertai Kelas Tahsin Al-Quran di Masjid Negeri seperti berikut :-
Hari : Setiap Ahad
Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi
Tempat : Dewan Kuliah Masjid Negeri, Negeri Sembilan
Bayaran : Percuma
Tenaga Pengajar : Guru-guru Tarannum yang akan dipilih (yang utamanya ialah Ustaz Shamsuddin bin Abdullah)
* Sarapan / jamuan disediakan secara percuma kepada hadirin
Untuk pengetahuan, peserta-peserta yang terpilih ni dibayar elaun kehadiran setiap kali hadir ke kelas yang dijalankan. Hebat! Datang belajar, pastu dapat duit lagi. Sampai tahap macam ni Negeri Sembilan keluarkan duit untuk lahirkan Qari Qariah yang berkualiti. Terima kasih atas usaha yang dilakukan. Setakat ni kami telah pun menerima elaun pertama bagi kehadiran kami di bulan Februari lalu. Alhamdulillah… rezeki belajar Quran….
Kelas Tahsin pada hari ini ni terbuka juga kepada orang awam yang ingin mendengar pengajian yang dijalankan. Jemput datang semua!!!
0 Comments.