Lagu Nahwan
Berikut adalah lagu “Nahwan” bagi Surah Al-Baqarah, bermula ayat 189.
Nahwan (Harakat 1 hingga 5)
Berikut adalah lagu “Nahwan” bagi Surah Al-Baqarah, bermula ayat 189.
Nahwan (Harakat 1 hingga 5)
Berikut adalah lagu “Hijaz” bagi Surah Al-Baqarah, sambungan ayat 187. (Maaf ye, suara saya kureng sikit)
Hijaz (Harakat 1 hingga 5)
Hijaz (Harakat 1 – sedikit gaya “kurdi”)
Hijaz (Harakat 2)
Hijaz (Harakat 3)
Hijaz (Harakat 4)
Hijaz (Harakat 5)
Sekian untuk lagu Hijaz. Sekiranya anda adalah qari, saya alu-alukan anda menghantar rakaman suara bagi ayat di atas,
supaya kita dapat berkongsi “burdah-burdah” lagu Hijaz. Syukran jazilan.
Berikut adalah lagu “Soba” bagi Surah Al-Baqarah, sambungan ayat 187. (Maaf ye, suara saya kureng sikit)
Soba (Harakat 1 hingga 4)
Soba (Harakat 1)
Soba (Harakat 2)
Soba (Harakat 3)
Soba (Harakat 4)
Sekian untuk lagu Soba. Sekiranya anda adalah qari, saya alu-alukan anda menghantar rakaman suara bagi ayat di atas,
supaya kita dapat berkongsi “burdah-burdah” lagu Soba. Syukran jazilan.
Berikut adalah lagu “Bayyati” bagi Surah Al-Baqarah, bermula ayat 186. (Ini adalah rakaman suara saya. Maaf sekiranya kurang sedap didengari)
Bayyati (Harakat 1 hingga 6)
Isti’azah & Basmalah
Bayyati (Harakat 1)
Bayyati (Harakat 2)
Bayyati (Harakat 3 – gaya “husaini”)
Bayyati (Harakat 4)
Bayyati (Harakat 5)
Bayyati (Harakat 6 – gaya “husaini”)
Sekian untuk lagu Bayyati. Sekiranya anda adalah qari, saya alu-alukan anda menghantar rakaman suara bagi ayat di atas, supaya kita dapat berkongsi “burdah-burdah” lagu Bayyati. dein81 [@] hotmail.com . Syukran jazilan.
Bahagian yang telah dikemaskini :-
A. Kelas Tarannum Al-Quran, Masjid Negeri (Negeri Sembilan)
4- LAGU NAHWAN (18/12/2010)
B. Kelas Tarannum Al-Quran, Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah
D. Slot Tarannum dalam program MAQMUR
Audio bacaan boleh didengar pada halaman tersebut. Selamat berTarannum.
Semasa kursus minggu lepas, ada seorang pelajar menelifon saya. Dia meminta saya syorkan seorang guru yang berkemahiran dalam bidang Tarannum/Qiraat sekitar area Kuala Lumpur untuk dia pelajari. Tapi, dalam situasi kursus tersebut, saya tidak dapat berfikir panjang dan cuma mengatakan untuk memberitahunya kemudian melalui sms.
Pada bulan yang sebelumnya, ada juga yang sms kepada saya untuk mengikuti pengajian Tarannum yang saya anjurkan. Tapi, kebetulan masa tu pengajian yang jalankan di sebuah sekolah swasta telah terhenti sejak bulan Ramadhan lagi. Jadi, saya syorkan kepadanya supaya menyertai Kelas Tarannum yang dianjurkan di Masjid Negri.
RAKAN SEPENGAJIAN
Untuk bidang Qiraat, memang ramai rakan saya yang beraliran Qiraat lepasan dari Maahad Qiraat Al-Azhar Mesir. Tapi, dari bidang Tarannum, saya tiada kenalan yang arif dalam bidang tersebut. Jika ada, bukan sahaja si pemanggil tu, bahkan saya sendiri akan menuntut terus darinya.
Dalam tempoh cuti ni, saya memang mencari-cari di papan kenyataan masjid/surau tentang pengajian Tarannum Al-Quran sekitar kawasan Seremban. Walaupun saya sedang mengikuti pengajian Tarannum di Masjid Negri, Seremban tapi, lain guru lain gaya burdah lagu yang dia miliki. Setakat pencarian saya, cuma di Masjid Negri saya yang tertulis tentang Pengajian Tarannum Al-Quran.
KELAS PENGAJIAN SEDIA ADA
Sekiranya anda sedang mencari kelas pengajian Tarannum di tempat anda, seeloknya cuba perhatikan di papan-papan iklan masjid/surau di tempat anda. Barangkali ada ustaz yang berkemahiran sedang membuat pengajian di surau/masjid tersebut. Kadang-kadang kita terlepas pandang dengan papan-papan kenyataan yang memaklumkan tentang pengajian yang menjadi aktiviti harian/mingguan masjid/surau tersebut.
Atau, sekiranya tiada, paling kurang pun ada pengajian Tajwid/Al-Quran di tempat anda. Apalah salahnya hadir ke pengajian tersebut. Bacaan Al-Quran kita tidak semestinya sudah sampai ke tahap sebaik bacaan orang Arab. Walaupun saya pernah melalui pengajian Al-Quran dalam tempoh yang agak lama tapi, masih lagi ditegur oleh ustaz yang berkemahiran dalam bidang Tajwid terutamanya dalam masalah “sifat-sifat huruf” dan “tempat keluarnya sebutan huruf”. Dengan sebab itulah saya juga mengikuti Kelas Tajwid Al-Quran selain Kelas Tarannum Al-Quran yang sejak 2007 saya sertai.
USAHA MENCARI
Di kelas pengajian Tarannum Al-Quran yang saya sertai, bukan sahaja mereka yang berada sekitar Seremban datang belajar. Bahkan dari Port Dickson (30 minit perjalanan), Kuala Klawang (40 minit perjalanan), Kuala Pilah (40 minit perjalanan) dan merata tempat yang jauh mereka datang untuk mengikuti kelas di masjid ni. Dari Kuala Lumpur pun ada juga, contoh Puan Amalina (Johan Qariah Wilayah Persekutuan) yang datang jauh dari Bangi semata-mata untuk mengikuti pengajian Tarannum di Masjid Negri, Seremban, N.Sembilan.
Mereka-mereka yang “berjiwa Tarannum” ni tidak kira di mana ada guru Tarannum yang terkenal, pasti mereka akan kesana. Walaupun jauh ke Kelantan sana (dengan Ust Nik Jaafar).
KESIMPULAN
Pendek kata, hendak seribu daya/usaha, tidak hendak, seribu dalih/alasan. Berusahalah jika anda betul-betul berminat dalam bidang ini. Guru-guru Tarannum atau Qari-qariah yang terkenal pada masa kini tidak bermula dengan usaha yang sedikit. Jerih payah mereka dahulu lah yang memberikan pulangan terbaik kepada mereka.
Setelah saya sentuh isu-isu yang berkaitan tentang Kursus-kursus Al-Quran, kali ini saya ingin menyentuh pula isu kewangan yang timbul berkaitan tentang Tarannum Al-Quran.
Mengikut pengalaman saya, berbagai tanggapan yang diberikan oleh masyarakat tentang pengajian yang berkaitan dengan Al-Quran. Ada yang meletakkan dengan nilai yang tinggi kerana memuliakan Al-Quran. Tidak kurang juga yang meletakkan nilai yang rendah jika dibandingkan dengan harga kelas-kelas Tuisyen bagi subjek-subjek akademik. Seakan-akan subjek-subjek akademik lebih mulia berbanding ayat-ayat suci Al-Quran.
PERUNTUKAN TILAWAH
Pernah suatu ketika, saya menyertai pertandingan tilawah di peringkat pemilihan untuk ke Daerah. Pertandingan yang bermula jam 8.00 pagi itu hanya menyediakan sarapan pagi sahaja kerana menjangkakan majlis tamat jam 12.00 tengahari. Tetapi, rupanya pertandingan berlanjutan sehingga jam 3.00 petang. Makan tengahari tidak disediakan kerana kata urusetia :
“kami tak jangka pertandingan begitu lama jadi, makan tengahari tak ada…“
Saya menerima dengan hati terbuka atas kesilapan luar jangka tersebut walaupun kelaparan menunggu keputusan pertandingan pemilihan tersebut pada jam 3.00 petang.
Pada tahun berikutnya saya menyertai lagi. Kali ini memang dinyatakan pertandingan bermula sekitar jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Tetapi, yang menyedihkan, apabila majlis berlangsung rupanya jamuan hanya disediakan 1 kali sahaja iaitu untuk sarapan pagi. Jadi, kata-kata mereka pada tahun lepas hanya sekadar untuk melepaskan diri dari tohmahan peserta.
Mungkin kisah ini nampak saya “berkira” tentang bab makan. Sebenarnya, saya cukup kecewa dengan peruntukan yang disediakan untuk majlis atau apa jua program yang berkaitan dengan Al-Quran. Tentang kisah tadi, nampak sangat betapa terhadnya wang yang diperuntukkan untuk program Al-Quran. Tetapi, bagaimana pula dengan peruntukan untuk program-program lain seperti konsert, bola, jemputan para artis dan lain-lain?
Begitu juga dengan peruntukan hadiah bagi pemenang tilawah di peringkat daerah. Jumlah peruntukan yang disediakan tidak tetap bagi setiap tahun. Sebagai contoh pada tahun 2009 di daerah tertentu, hadiah wang bagi peringkat remaja adalah seperti berikut :
Johan : RM800.00
Naib Johan : RM600.00
Ketiga : RM400.00
Tapi, untuk tahun 2010, jumlahnya menurun seperti berikut :
Johan : RM400.00
Naib Johan : RM300.00
Ketiga : RM200.00
Kecewa dengan apa yang berlaku. Mungkin kata-kata ini seperti mata duitan. Bagi saya, sebenarnya cukup sukar nak mengajak kanak-kanak atau remaja untuk mendalami dalam bidang Al-Quran ini. Tapi, bila ada 1 tarikan yang menarik yang ditawarkan kepada mereka apabila menceburi dalam bidang Al-Quran, ia mampu memotivasikan remaja untuk lebih bergiat dalam bidang Al-Quran. Tentang ikhlas atau tidak, itu urusan hati masing-masing. Tidak mustahil Allah memberi hidayah kepada mereka apabila menceburi bidang pengajian Al-Quran kelak. Hidayah adalah urusan Allah yang akan dianugerahkan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.
DI INDONESIA
Apabila saya bersoal selidik kepada kawan warganegara Indonesia, saya dapati agak jauh nilai yang diletak oleh rakyat Indonesia tentang Al-Quran. Soalan saya lebih kepada pertandingan Al-Quran dan berikut adalah input yang saya dapat :
1- Di Indonesia, Hakim Kebangsaan diberi elaun RM15 ribu pada setiap pertandingan. Di Malaysia, Hakim Kebangsaan diberi elaun kurang dari RM8 ribu.
2- Di Indonesia, setiap tahun Hakim Kebangsaan ditawarkan ke luar negara samada menunaikan haji/umrah atau ke negara-negara arab yang lain. Di Malaysia, tiada tawaran sedemikian.
3- Di Indonesia, semua pertandingan walaupun di peringkat bawahan, pemenang akan menerima wang, trofi, sijil & sepasang baju kot (berseluar). Di Malaysia, hanya wang (jumlah tidak tetap), trofi (bergantung penganjur) & sijil (bermula peringkat daerah sahaja atau bergantung kepada penganjur) diberikan.
4- Di Indonesia, peserta pertandingan akan hadir bersama peserta gantian (macam pemain simpanan bola). Dan peserta gantian akan turut mendapat hadiah yang sama dengan peserta sebenar walaupun tidak bertanding. Di Malaysia, tiada peserta gantian untuk pertandingan tilawah.
Dan banyak lagi kelebihan-kelebihan yang diberikan kepada peserta Al-Quran dan hakim-hakim Al-Quran di pelbagai peringkat di Indonesia. Menunjukkan nilaian tinggi mereka terhadap orang-orang yang melibatkan diri dalam bidang Al-Quran. Sebab itulah ramai yang berebut-rebut untuk mendalami dalam bidang Al-Quran di sana samada hafazan ataupun tilawah sahaja. Sedangkan kelebihan-kelebihan tersebut tidak terdapat di Malaysia.
Inilah realiti yang sedang berlaku apabila terlalu berkira untuk memperuntukkan wang yang “selesa” kepada perkara-perkara yang melibatkan Al-Quran. Akhirnya, masyarakat tidak berebut-rebut kepada kelas-kelas pengajian Al-Quran yang sedia ada.
Sebut tentang kursus yang berkaitan dengan Tarannum Al-Quran, antaranya ialah Kursus Tahsin Al-Quran & Kursus Tarannum Al-Quran. Selalunya dianjurkan oleh Jabatan-jabatan Agama Negeri, JAKIM ataupun Jabatan Pendidikan Negeri. Matlamat tetap satu, iaitu untuk memperbaiki mutu bacaan Al-Quran dan memantapkan seni Tarannum Al-Quran kepada para peserta.
SAMBUTAN
Saya kategorikan Negeri Sembilan sebagai negeri yang kritikal terhadap penyertaan kursus-kursus sebegini. Kritikal tentang kurangnya penyertaan terhadap kursus-kursus ini. Kenapa? Sebagai contoh, apabila pihak JAKIM meminta menghantar 10 peserta mewakili Negeri ke Kursus Tahsin peringkat Zon, hasilnya…. tidak semua 10 kouta yang diberi dipenuhi. Sukar untuk ditafsirkan di mana silapnya. Sedangkan kelebihan yang terdapat pada kursus tersebut :-
1- Penginapan di Hotel selama 5 hari 4 malam
2- Makan 6 kali sehari
3- Kesemuanya PERCUMA
4- Fasilitator dikalangan bekas-bekas Qari/Qariah Antarabangsa
5- Fasilitator dikalangan juri Hakim Kebangsaan & Antarabangsa
Contoh : Dato’ Faizul, Ust Radhi Kamarul Hailan, Dato’ Hasri, Tan Sri Ismail Mohd, Ust Mohd Muhsin dan lain-lain lagi
Bukan mudah untuk berjumpa dengan mereka ini yang pernah suatu ketika dahulu mengharumkan nama negara dengan memartabatkan Al-Quran. Peluang terbuka percuma ini tidak menjadi rebutan masyarakat berbanding perlawanan bola sepak yang mereka rela keluarkan belanja yang tinggi. Walaupun status populariti mereka tidak setanding dengan selebriti di kaca-kaca tv tetapi, semangat juang mereka dalam usaha mencelikkan masyarakat dari buta Al-Quran amat dihargai.
PENGURUSAN
Kadang-kadang, menjadi masalah dibahagian yang menguruskan tentang pencalonan peserta untuk pergi berkursus. Bak kata pepatah, “hero hindustan tak gaduh”. Apa tidaknya, makluman untuk pergi berkursus kadang-kadang diberitahu secara “last minute”. Hampir-hampir tutup penghantaran nama penyertaan, barulah ianya dihebohkan. Dari dulu sampai sekarang, persepsi begini pasti berlaku di mana-mana jua.
Kesudahannya, masalah ini juga antara penyumbang “mengapa kurangnya penyertaan terhadap kursus tersebut”.
KEKURANGAN FASILITATOR
Kalau tadi kursus peringkat JAKIM, bagaimana pula dengan kursus yang dianjurkan oleh pihak dalam negeri sendiri? Terus terang saya katakan bahawa Negeri Sembilan kekurangan Fasilitator untuk mengendalikan kursus tentang Tarannum Al-Quran. Mungkin disebabkan inilah kurangnya kursus yang berkaitan dengan Tarannum Al-Quran dianjurkan di Negeri Sembilan.
Mungkin sebab ini juga pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat Negeri hanya orang yang sama sahaja memenangi tempat ketiga, naib Johan & Johan hampir setiap tahun.
bersambung siri yang berikutnya, “isu kewangan”…
Setelah saya sentuh tentang ‘Musim Tilawah’, kali ini saya ingin menyentuh pula tentang ragam hakim Tarannum dalam pertandingan tilawah Al-Quran.
KEILMUAN MEREKA
Memang tidak dinafikan tentang ketinggian ilmu mereka dalam bidang Tarannum Al-Quran. Jerih payah mereka suatu ketika dahulu akhirnya membuahkan hasil yang kini menjadikan mereka dikalangan orang-orang yang terpilih untuk mengadili dalam pertandingan Tilawah Al-Quran.
Tetapi, lain guru lain pula caranya. Perlu diingat, seni Tarannum terdapat lebih dari 360 jenis cabang lagu, yang masing-masing mempunyai alunannya yang tersendiri. Bermakna, setiap hakim-hakim Tarannum yang terpilih mempunyai persepsi yang berlainan dalam penilaian mereka semasa mengadili peserta dalam bahagian Tarannum. Ini akan menimbulkan masalah kepada peserta yang lain aliran lagunya dengan hakim Tarannum. Dalam situasi begini, peratus untuk memungkinkan peserta yang lain aliran lagu ini untuk menang adalah ‘tipis’.
MESYURAT/PERJUMPAAN HAKIM-HAKIM
Pihak JAKIM sering mengadakan perjumpaan terhadap semua hakim-hakim diperingkat negeri, kebangsaan ataupun antarabangsa. Namun hasilnya, sukar untuk membina persefahaman antara hakim-hakim bidang Tarannum yang berlainan aliran ini.
Contohnya, antara hakim yang berpengetahuan aliran lagu ‘semasa/moden’ dengan hakim aliran lagu ‘klasik/tradisional’. Hakim dengan aliran lagu ‘semasa/moden’ ini sukar menerima aliran lagu yang klasik/tradisional. Walaupun pada zahirnya mereka meng’ia’kan semasa mesyuarat berlangsung tetapi, suara-suara sumbang di belakang mesyuarat pasti kedengaran juga. Mereka tetap tidak dapat menerima aliran yang berlainan lagu dengan mereka.
Inilah malangnya peserta tilawah yang beraliran tarannum berbeza dengan hakim yang mengadili pertandingan tersebut.
KESIMPULAN
Bagi mereka yang ingin menyertai pertandingan tilawah, antara perkara utama yang saya cadangkan kepada anda ialah :
“Belajar seni Tarannum dengan hakim itu sendiri. Iaitu pada kelas-kelas pengajian yang diadakan oleh mereka. Supaya lagu anda selari dengan keilmuan yang mereka miliki”.
bersambung siri yang berikutnya, “kursus-kursus tarannum”…